Kerugian ekonomi berpunca dari kesesakan jalan raya di Malaysia telah dianggarkan mencecah RM20billion setahun, atau RM54juta SEHARI. Ini merupakan suatu pembaziran yang amat teruk yang menjejaskan ekonomi, kesihatan, keselamatan, dan alam sekitar.

Walaupun bilangan kereta semakin meningkat, kebanyakan kesesakkan jalan raya boleh lagi dielak. Setiap hari, kita menyaksikan kelakuan pemandu yang kurang berhemah dan tidak bertimbang rasa. (Semua ingat bapak punya jalan). Gejala ini bukan sekadar kecilan. Di kawasan popular, terutamanya di kawasan bandar, pemandu berebut-rebut meletak kereta, walaupun di tengah jalan besar atau depan rumah. Di jalan raya, ada lagi pemandu berlumba-lumba memotong lampu merah, atau memotong jalan tanpa menghiraukan pemandu lain.

Masalah ini bukan salah BN ke, DAP ke, Yahudi ke etc. Masalah kesesakan jalan adalah akibat sikap mementingkan diri. Yang menyaksikan kesalahan juga senyap, mungkin kerana ingin juga melakukan sedemikian satu hari kelak. Sebaliknya, sikap memandu berhemah dan bertimbang rasa adalah suatu pilihan dan tanggungjawab semua, di mana keselesaan dan kesihatan badan, persekitaran dan ekonomi juga dapat dinikmati oleh semua.

Apakah pilihan anda?