Rayuan Rakyat adalah suatu aturcara sivik bagi membolehkan rakyat menyampaikan hasrat dan kehendak mereka kepada ahli-ahli Parlimen Malaysia.

Cara rayuan ini telah direkabentuk untuk menggalakkan prinsip dan pelaksanaan demokrasi, di mana segala rakyat dapat terlibat dalam hal ehwal negara.

Sebagai suatu negara demokratik, Rakyat Malaysia digalakkan menggunakan Rayuan untuk menentukan hasrat dan kepentingan dalam mana-mana isu semasa yang mendesak dan merangkumi seluruh negara. Contohnya: ekonomi, perkhidmatan awam, jenayah, alam sekitar, dll.

Rayuan Rakyat bukanlah suatu aturcara yang digunakan secara sembarangan. Ia tidak sesuai digunakan bagi isu-isu kecil atau kes-kes yang berkenaan kepada mana-mana individu. Biasanya, Rayuan digunakan bagi menyelaraskan suatu penyelewengan nyata dalam pentadbiran negara, yang mungkin mengancam keselamatan, keamanan, dan kemakmuran rakyat secara keseluruhan.

Cara Rayuan
– Topik Rayuan akan dicadangkan dari masa ke semasa, berdasarkan isu semasa. Topik boleh dicadangkan melalui laman Facebook, ataupun di laman Forum.

– Topik yang menerima perhatian dan sokongan yang paling hebat akan digubah kepada Rayuan Rakyat yang rasmi.

– Rayuan akan dihebohkan dalam laman web, media, dan lain lain. Orang ramai dijemput menandakan sokongan secara mengisi borang online.

– Rayuan yang menerima sekurang-kurangnya 10,000 sokongan akan dihantar terus kepada ahli-ahli Dewan Rakyat untuk dibaca di Parlimen Malaysia.

– Balasan dan tindakan Parlimen (jika ada) ke atas Rayuan akan dicatatkan dan dilampirkan kepada Rayuan. Dokumen Rayuan yang lengkap akan diarkib dan dipaparkan untuk rujukan orang ramai.

© 2019 Kami Rakyat Malaysia All rights reserved. | Powered by WordPress
Theme created by @julienrenaux